" KEHIDUPAN DALAM BIDANG PERTANIAN "
Kami memberi nama blog " kehidupan dalam bidang pertanian " kerana ianya menceritakan serba sedikit pengalaman dan ilmu yang kami dapat semasa belajar di Politeknik Jeli,Kelantan. Selain itu, tajuk ini juga dipilih kerana kami semua minat dalam bidang pertanian.
Di blog ini, kami dapat menerangkan serba sedikit mengenai bidang pertanian yang telah kami pelajari di Politeknik Jeli, Kelantan. Dalam bidang ini,ianya dpt memberi manfaat dan banyak pengetahuan yang baru kepada kami. Kami juga dapat mempelajari tentang teknologi pertanian baru.
Isnin, 17 Oktober 2016
Jumaat, 12 Ogos 2016
TEKNOLOGI PERTANIAN BARU
TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN
Daripada apa yang telah saya pelajari, saya dapat megetahui teknik teknik pertanian yang moden contohnya NFT, Fertigasi dan lain lain lagi. Teknik yang baru ini dapat memudahkan lagi pertanian pada masa kini. Selain itu, ianya juga dapat menigkatkan lagi pendapatan petani dan juga dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara. antara contoh pertanian moden yang saya telah pelajari ialah :-
Teknologi tanaman fertigasi
Teknologi tanaman NFT
Kedua dua tanaman ini hanya menggunakan larutan baja.
MENGENAI PERTANIAN
PEMBINAAN BATAS DAN PEMULIHAN TANAH
Pembinaan batas dilakukan sebelum memulakan penanaman. ianya bertujuan untuk menjaga tanaman, selain itu, ianya juga dapat mengelakkan tanaman daripada banjir. Pembinaan batas ini juga dapat memudahkan penanaman, pengawalan rumpai dan juga penjagan dari segi perosak dan penyakit.
Dalam pembinaan batas, pemulihan tanah perlu dilakukan sebelum penanaman. Pemulihan tanah ini dilakukan dengan cara membuat campuran tanah dengan sekam padi, sabut kelapa, baja organik dan juga pasir. Pemulihan tanah ini dapat mengelakkan tanah berasid dan juga dapat mengelakkan perosak atau penyakit tanaman yang tidak dikehendaki.
Sekam padi, sabut kelapa dan pasir perlulah dicampur dan digaul hingga sekata kemudian ditabur ke batas. Seterusnya baja organik juga ditabur di batas dan akhir sekali gaul hingga rata.
Khamis, 11 Ogos 2016
MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM DAUN SEBAGAI BUKTI FOTOSINTESIS TELAH BERLAKU
CARA UNTUK MENGETAHUI KANDUNGAN KANJI DI DALAM DAUN
1. Ambil sehelai jenis daun yang sihat dan terdedah dengan cahaya matahari.
2. Selepas itu, sediakan peralatan untuk mendidihkan air seperti pemanas air.
3. Daun hijau tadi perlu di masukkan ke dalam air yang panas selama 5 minit bertujuan bagi melembutkan dan memecahkan dinding sel daun.
4. Daun yang telah lembut tadi perlu di masukkan ke dalam tabung uji yang berisi alkohol.
5. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam di dalam bikar berisi air panas bertujuan untuk menyingkirkan klorofil daun
6. Daun
yang telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air
suling (untuk melembutkannya semula)
7. Daun itu seterusnya diletakkan 'plate'.
8. Akhir sekali, Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun untuk mengesan kehadiran kanji
Rabu, 10 Ogos 2016
KEPENTINGAN MIKROORGANISMA DALAM PERTANIAN
Mikroorganisma merupakan benda hidup yang penting dalam pertanian. Mikroorganisma ini merupakan benda hidup yang sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya sangat halus dan kecil. Ianya dapat memberi banyak faedah kepada pertanian. Mikroorganisma juga dapat membantu proses penguraian sesuatu bahan dan dapat menukarkan bahan tersebut menjadi nutrien. Kemudian nutrien tersebut dapat membantu peningkatan kesuburan tanah dan juga dapat membantu pembesaran tanaman. Mikroorganisma ini mepunyai banyak jenis, contoh nya bakteria, fungi dan lain lain lagi. Di dalam mikro ini mengandungi sel sel contohnya nukleus, sel dinding. Sel sel ini dapat dilihat melalui mikroskop. Di bawah ini ( gambar 1 ) merupakan kajian yang telah kami lakukan di mikroskop untuk melihat sel sel yang ada pada mikroorganisma.
gambar 1
Daripada kajian yang telah kami lakukan, kami telah dapat melihat mikroorganisma dan juga sel sel yang ada pada organisma. Akhir sekali, selain memberi kebaikan , mikroorganisma ini juga dapat memberi keburukan kepada manusia contohnya menyebarkan penyakit. Manakala kebaikan mikroorganisma pula ialah, efektif mikroorganisma dapat menambahkan kebaikan kepada kompos atau baja organik.
Selasa, 5 Julai 2016
MENGENAI AHLI
NAMA : NETIE ASLIA BINTI YAHAYA MURAD
UMUR : 20 TAHUN
TARIKH LAHIR : 04/10/1996
ASAL : PERAK
NAMA: AINUL YASMIN BINTI YUSOF
UMUR : 22 TAHUN
TARIKH LAHIR : 07/11/1994
ASAL : PENANG
NAMA: MUHAMMAD ASHRAF FARHAN BIN IBRAHIM
UMUR :19TAHUN
TARIKH LAHIR : 14/05/1997
ASAL : JOHOR
Langgan:
Catatan (Atom)