Khamis, 11 Ogos 2016

MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM DAUN SEBAGAI BUKTI FOTOSINTESIS TELAH BERLAKU

CARA UNTUK MENGETAHUI KANDUNGAN KANJI DI DALAM DAUN


1. Ambil sehelai jenis daun yang sihat dan terdedah dengan    cahaya matahari.

2. Selepas itu, sediakan peralatan untuk mendidihkan air seperti        pemanas air.




3. Daun hijau tadi perlu  di masukkan ke dalam air yang panas selama 5 minit bertujuan bagi melembutkan dan memecahkan dinding sel daun.




4. Daun yang telah lembut tadi perlu di masukkan ke dalam tabung uji yang berisi alkohol. 


5. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam di dalam bikar berisi air panas bertujuan untuk  menyingkirkan klorofil daun

 

6. Daun yang  telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air suling (untuk melembutkannya semula)

7. Daun itu seterusnya diletakkan 'plate'.

8. Akhir sekali, Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun untuk mengesan kehadiran kanji



9. keputusan 

  • Bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada biru tua.                                  


13 ulasan:

  1. Apakah fungsi etanol dan iodin dalam eksperimen in

    BalasPadam
  2. membuka klorofil dan seterusnya melunturkan warna hijau pada daun.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. iodin berfungsi untuk mengkaji kehadiran kanji di dalam daun

      Padam
  4. Gunakan apa untuk menyinkirkan klorofin semasa ujian kehadiran kanji.

    BalasPadam
  5. kenapa perlu singkirkan klorofil terlebih dahulu sebelum membuat ujian kanji?

    BalasPadam
  6. Macam mana dengan larutan natrium hidroksida dan larutan kalium hidrogen karbonat

    BalasPadam