Jumaat, 12 Ogos 2016

MENGENAI PERTANIAN

PEMBINAAN BATAS DAN PEMULIHAN TANAH



  Pembinaan batas dilakukan sebelum memulakan penanaman. ianya bertujuan untuk menjaga tanaman, selain itu, ianya juga dapat mengelakkan tanaman daripada banjir. Pembinaan batas ini juga dapat memudahkan penanaman, pengawalan rumpai dan juga penjagan dari segi perosak dan penyakit.

  Dalam pembinaan batas, pemulihan tanah perlu dilakukan sebelum penanaman. Pemulihan tanah ini dilakukan dengan cara membuat campuran tanah dengan sekam padi, sabut kelapa, baja organik dan juga pasir. Pemulihan tanah ini dapat mengelakkan tanah berasid dan juga dapat mengelakkan perosak atau penyakit tanaman yang tidak dikehendaki.



   Sekam padi, sabut kelapa dan pasir perlulah dicampur dan digaul hingga sekata kemudian ditabur ke batas. Seterusnya baja organik juga ditabur di batas dan akhir sekali gaul  hingga rata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan