Rabu, 10 Ogos 2016

KEPENTINGAN MIKROORGANISMA DALAM PERTANIAN


  Mikroorganisma merupakan benda hidup yang penting dalam pertanian. Mikroorganisma ini merupakan benda hidup yang sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya sangat halus dan kecil. Ianya dapat memberi banyak faedah kepada pertanian. Mikroorganisma juga dapat membantu proses penguraian sesuatu bahan dan dapat menukarkan bahan tersebut menjadi nutrien. Kemudian nutrien tersebut dapat membantu peningkatan kesuburan tanah dan juga dapat membantu pembesaran tanaman.       Mikroorganisma ini mepunyai banyak jenis, contoh nya bakteria, fungi dan lain lain lagi. Di dalam mikro ini mengandungi sel sel contohnya nukleus, sel dinding. Sel sel ini dapat dilihat melalui mikroskop. Di bawah ini ( gambar 1 ) merupakan kajian yang telah kami lakukan di mikroskop untuk melihat sel sel yang ada pada mikroorganisma.  


   
gambar 1

   Daripada kajian yang telah kami lakukan, kami telah dapat melihat mikroorganisma dan juga sel sel yang ada pada organisma. Akhir sekali, selain memberi kebaikan , mikroorganisma ini juga dapat memberi keburukan kepada manusia contohnya menyebarkan penyakit. Manakala kebaikan mikroorganisma pula ialah, efektif mikroorganisma dapat menambahkan kebaikan kepada kompos atau baja organik.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan