Jumaat, 12 Ogos 2016


TEKNOLOGI PERTANIAN BARU

TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN

  Daripada apa yang telah saya pelajari, saya dapat megetahui teknik teknik pertanian yang moden contohnya NFT, Fertigasi dan lain lain lagi. Teknik yang baru ini dapat memudahkan lagi pertanian pada masa kini. Selain itu, ianya juga dapat menigkatkan lagi pendapatan petani dan juga dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara. antara contoh pertanian moden yang saya telah pelajari ialah :-
Teknologi tanaman fertigasi

Teknologi tanaman NFT

Kedua dua tanaman ini hanya menggunakan larutan baja.

MENGENAI PERTANIAN

PEMBINAAN BATAS DAN PEMULIHAN TANAH



  Pembinaan batas dilakukan sebelum memulakan penanaman. ianya bertujuan untuk menjaga tanaman, selain itu, ianya juga dapat mengelakkan tanaman daripada banjir. Pembinaan batas ini juga dapat memudahkan penanaman, pengawalan rumpai dan juga penjagan dari segi perosak dan penyakit.

  Dalam pembinaan batas, pemulihan tanah perlu dilakukan sebelum penanaman. Pemulihan tanah ini dilakukan dengan cara membuat campuran tanah dengan sekam padi, sabut kelapa, baja organik dan juga pasir. Pemulihan tanah ini dapat mengelakkan tanah berasid dan juga dapat mengelakkan perosak atau penyakit tanaman yang tidak dikehendaki.



   Sekam padi, sabut kelapa dan pasir perlulah dicampur dan digaul hingga sekata kemudian ditabur ke batas. Seterusnya baja organik juga ditabur di batas dan akhir sekali gaul  hingga rata.



Khamis, 11 Ogos 2016

MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM DAUN SEBAGAI BUKTI FOTOSINTESIS TELAH BERLAKU

CARA UNTUK MENGETAHUI KANDUNGAN KANJI DI DALAM DAUN


1. Ambil sehelai jenis daun yang sihat dan terdedah dengan    cahaya matahari.

2. Selepas itu, sediakan peralatan untuk mendidihkan air seperti        pemanas air.




3. Daun hijau tadi perlu  di masukkan ke dalam air yang panas selama 5 minit bertujuan bagi melembutkan dan memecahkan dinding sel daun.




4. Daun yang telah lembut tadi perlu di masukkan ke dalam tabung uji yang berisi alkohol. 


5. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam di dalam bikar berisi air panas bertujuan untuk  menyingkirkan klorofil daun

 

6. Daun yang  telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air suling (untuk melembutkannya semula)

7. Daun itu seterusnya diletakkan 'plate'.

8. Akhir sekali, Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun untuk mengesan kehadiran kanji


Rabu, 10 Ogos 2016

KEPENTINGAN MIKROORGANISMA DALAM PERTANIAN


  Mikroorganisma merupakan benda hidup yang penting dalam pertanian. Mikroorganisma ini merupakan benda hidup yang sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya sangat halus dan kecil. Ianya dapat memberi banyak faedah kepada pertanian. Mikroorganisma juga dapat membantu proses penguraian sesuatu bahan dan dapat menukarkan bahan tersebut menjadi nutrien. Kemudian nutrien tersebut dapat membantu peningkatan kesuburan tanah dan juga dapat membantu pembesaran tanaman.       Mikroorganisma ini mepunyai banyak jenis, contoh nya bakteria, fungi dan lain lain lagi. Di dalam mikro ini mengandungi sel sel contohnya nukleus, sel dinding. Sel sel ini dapat dilihat melalui mikroskop. Di bawah ini ( gambar 1 ) merupakan kajian yang telah kami lakukan di mikroskop untuk melihat sel sel yang ada pada mikroorganisma.  


   
gambar 1

   Daripada kajian yang telah kami lakukan, kami telah dapat melihat mikroorganisma dan juga sel sel yang ada pada organisma. Akhir sekali, selain memberi kebaikan , mikroorganisma ini juga dapat memberi keburukan kepada manusia contohnya menyebarkan penyakit. Manakala kebaikan mikroorganisma pula ialah, efektif mikroorganisma dapat menambahkan kebaikan kepada kompos atau baja organik.